Islam telah
menetapkan adab bagi umatnya dalam melakukan sesuatu kegiatan bagi
mendapat kesejahteraan. Begitu juga islam telah menetapkan adab-adab
ketika minum. Permasalahan berkaitan minum berdiri ini telah
menyebabkan ulama berbeda pendapat mengenai hukum minum berdiri itu.
Hadist yang menunjukkan larangan minum berdiri ialah hadist yang
diriwayat oleh Imam Muslim yaitu:
Terjemahan: dari Anas
R.A., sesungguhnya nabi Muhammad saw melarang minum berdiri. Hadist
ini merupakan hadist yang diriwayatkan oleh muslim didalam kitab
minuman, bab larangan minum berdiri, hadist yang ke 3771. Hadist ini
menjelaskan larangan yang berbentuk larangan minum secara berdiri.
Namun ulama telah berselisih pendapat mengenai larangan minum berdiri
ini. Ibn qym berpendapat hukum minum berdiri ini adalah haram dan hanya
dibenarkan sekiranya terdapat halangan yang menghalangnya minum
secara duduk.
Namun
beberapa fuqaha seperti Imam Malik berpendapat larangan ini telah
dimansukhkan (menggantikan dengan) dengan hadist Ibn Abbas yaitu:
Terjemahan:
dari Ibn Abbas berkata, aku memberi air zam-zam kepada Rasulullah saw,
lalu baginda meminumnya sambil berdiri (riwayat Muslim).
Hadist
ini merupakan hadis yang diriwayatkan oleh Muslim didalam kitab
minuman, bab minum air zam-zam berdiri, hadist ke 3776. Hadis ini
menunjukkan Rasulullah minum air zam-zam dalam keadaan berdiri. Imam
Malik telah memansukhkan (menggantikan dengan) hadist yang pertama tadi
dengan hadist ini yang menunjukkan minum berdiri bukan haram.
Perkataan
nabi melarang minum berdiri itu, menurut zahirnya larangan minum
sambil berdiri itu. Tetapi hadist Ibnu Abbas menunjukkan bolehnya
minum berdiri. Al-Mazuri berkata, orang-orang yang berselisih pendapat
dalam masalah ini ialah jumhur yang berpendapat boleh minum berdiri
dan pendapat yang lain berpendapat makruh.
Hadist dari Anas merupakan hadis sunnah qauliyah manakala hadis dari Ibn Abbas merupakan hadist sunnah fi’liyyah.
Apabila
kedua-dua hadist ini bertembung, maka yang menjadi dasar hukum ialah
hadist sunnah qauliyah, manakala hadist sunnah fi’liyyah berperanan
menafsirkan maksud sebenar yang terkandung dalam hadist sunnah qauliyah
tersebut. Ini berarti tegahan (larangan) pada hadist Anas tadi bukan
membawa maksud haram, tetapi makruh.
Nawawi berkata yang
sebenarnya, larangan yang dimaksudkan itu adalah untuk kebersihan dan
perbuatan nabi minum berdiri itu menjelaskan bolehnya minum berdiri dan
tidak haram. Berdasarkan pada hadist yang menegah minum berdiri itu,
dapat di lihat mengapa Rasulullah saw melarang kita minum berdiri.
Persoalannya
di sini, mengapa Rasulullah SAW minum air zam-zam dalam keadaan
berdiri. Menurut kajian pakar, air zam-zam mengandungi fluorida yang
memiliki daya efektif membunuh kuman serta ia mengandungi kalsium dan
garam magnesium yang tinggi berbanding air biasa, dari segi saintifik
air zam-zam bersifat alkali, jadi air zam-zam boleh menetralkan asid
hidroklorik yang terhasil di dalam perut dan mengurangkan pedih ulu
hati. Jadi inilah sebab Rasulullah SAW minum air zam-zam berdiri supaya
air tersebut cepat dapat menetralkan asid yang terhasil dalam perut.
Selain
itu, air zam-zam juga mengandungi iodin, sulfat dan nitrat. Kandungan
makronutrien yang tinggi khususnya magnesium, sodium dan potassium
menyebabkan air zam-zam bersifat nutritif berbanding sumber lain,
inilah yang membuatkan air zam-zam dapat menyegarkan para jemaah haji
yang meminumnya dan memberi ketahanan anbodi kepada orang yang
meminumnya. Di sini saya tunjukkan perbandingan unsur-unsur yang
terdapat di dalam air zam-zam dengan air mineral:
PERBANDINGAN UNSUR KIMIA:
ZAM ZAM ( Mg/l ) ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, MINERAL
* Klorida (cl) 159,75 ,……………………………………… Mineral : 30
* Sulfat (SO24) 140 ,……………………………………… Mineral : 27
* Nitrat (NO3) - ,…………………………………………… Mineral : 15
* Nitrit (NO2) 0,045 ,…………………………………….. Mineral : -
* Bikarbonat (HCO3) 398,22,………………………… Mineral : 32
* Flour (F) - ,…………………………………………. …… Mineral : 0,7
* Besi (Fe) tak terdeteksi ,……………………………… Mineral : 0
* Mangan (Mn) 0,014 …………………………………… Mineral : -
* Natrium (Na) 318,0 ,…………………………………… Mineral : 20
* Kalium (Ca) 182,2 ……………………………………… Mineral : 3
* Zat Padat Terlarut (TDS) 858 , …………………… Mineral : 170
* Magnesium (Mg) 6,86 ………………………………… Mineral : 5
* Zat Organik 2,79 -……………………………………… Mineral : -
* Jumlah Mikro Organisme (TPK) 38 kolom/ml -…. Mineral : -
* PH 7,3 ………………………………………….. ……… Mineral : 7,2
Melalui
daftar kandungan diatas kita dapat lihat perbedaan yang sangat ketara
di antara unsur-unsur yang terdapat dalam air zam-zam dengan unsur
yang terdapat dalam air mineral, air zam-zam mempunyai kualitas yang
sangat tinggi dan tidak dapat di tandingi oleh jenis air manapun.
Selain
itu diantara kelebihan air zam-zam ialah apabila peminumnya berniat
menjadikannya sebagai penawar niscaya Allah akan menyembuhkannya atau
dengan niat untuk mendapatkan pertolongan niscaya allah akan menolong.
Oleh sebab inilah Rasulullah SAW telah mengajarkan beberapa kaedah dan
doa apabila hendak minum air zam-zam ini supaya mendapat keberkatan
dari Allah.
Air
zam-zam juga mempunyai kelebihan di mana mata airnya tidak pernah
kering, walaupun berjuta-juta umat manusia meminumnya setiap hari
terutamanya pada musim haji, bahkan pada masa kini dengan peralatan
canggih orang yang berada di masjid Nabawi yang jaraknya 450km dari
mekah dapat meminum air zam-zam setiap saat dan ianya tidak pernah
berkurang apatah lagi kering. Ini menunjukkan keistimewaan yang
terdapat pada air zam-zam.
Sumber :
http://adie-rojak.blogspot.com/2009/12/minum-berdiri-kelebihan-air-zam-zam.html
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bila
Anda berminat ingin mengetahui secara detaill tentang Travel Biro
kami, silahkan menghubungi kami untuk konsultasi / pendaftaran :
Hormat kami : Hery Kurniawan
Kantor Perwakilan :
JL. Zamrud Raya No.4
Sumur Batu, Kemayoran
Jakarta Pusat - 10640
Telp : 081210500690
Pin BB : 21F51F40
Kantor Pusat
PT ARMINAREKA PERDANA
Gedung Menara Salemba Lt. 5
Jl. Salemba Raya No. 5
Jakarta Pusat