Minggu, 16 Juni 2013

Minum Berdiri dan Kelebihan Air Zam Zam

Islam telah menetapkan adab bagi umatnya dalam melakukan sesuatu kegiatan bagi mendapat kesejahteraan. Begitu juga islam telah menetapkan adab-adab ketika minum. Permasalahan berkaitan minum berdiri ini telah menyebabkan ulama berbeda pendapat mengenai hukum minum berdiri itu. Hadist yang menunjukkan larangan minum berdiri ialah hadist yang diriwayat oleh Imam Muslim yaitu:

Terjemahan: dari Anas R.A., sesungguhnya nabi Muhammad saw melarang minum berdiri. Hadist ini merupakan hadist yang diriwayatkan oleh muslim didalam kitab minuman, bab larangan minum berdiri, hadist yang ke 3771. Hadist ini menjelaskan larangan yang berbentuk larangan minum secara berdiri. Namun ulama telah berselisih pendapat mengenai larangan minum berdiri ini. Ibn qym berpendapat hukum minum berdiri ini adalah haram dan hanya dibenarkan sekiranya terdapat halangan yang menghalangnya minum secara duduk.




Namun beberapa fuqaha seperti Imam Malik berpendapat larangan ini telah dimansukhkan (menggantikan dengan) dengan hadist Ibn Abbas yaitu:

Terjemahan: dari Ibn Abbas berkata, aku memberi air zam-zam kepada Rasulullah saw, lalu baginda meminumnya sambil berdiri (riwayat Muslim).

Hadist ini merupakan hadis yang diriwayatkan oleh Muslim didalam kitab minuman, bab minum air zam-zam berdiri, hadist ke 3776. Hadis ini menunjukkan Rasulullah minum air zam-zam dalam keadaan berdiri. Imam Malik telah memansukhkan (menggantikan dengan) hadist yang pertama tadi dengan hadist ini yang menunjukkan minum berdiri bukan haram.

Perkataan nabi melarang minum berdiri itu, menurut zahirnya larangan minum sambil berdiri itu. Tetapi hadist Ibnu Abbas menunjukkan bolehnya minum berdiri. Al-Mazuri berkata, orang-orang yang berselisih pendapat dalam masalah ini ialah jumhur yang berpendapat boleh minum berdiri dan pendapat yang lain berpendapat makruh.

Hadist dari Anas merupakan hadis sunnah qauliyah manakala hadis dari Ibn Abbas merupakan hadist sunnah fi’liyyah.

Apabila kedua-dua hadist ini bertembung, maka yang menjadi dasar hukum ialah hadist sunnah qauliyah, manakala hadist sunnah fi’liyyah berperanan menafsirkan maksud sebenar yang terkandung dalam hadist sunnah qauliyah tersebut. Ini berarti tegahan (larangan) pada hadist Anas tadi bukan membawa maksud haram, tetapi makruh.

Nawawi berkata yang sebenarnya, larangan yang dimaksudkan itu adalah untuk kebersihan dan perbuatan nabi minum berdiri itu menjelaskan bolehnya minum berdiri dan tidak haram. Berdasarkan pada hadist yang menegah minum berdiri itu, dapat di lihat mengapa Rasulullah saw melarang kita minum berdiri.

Persoalannya di sini, mengapa Rasulullah SAW minum air zam-zam dalam keadaan berdiri. Menurut kajian pakar, air zam-zam mengandungi fluorida yang memiliki daya efektif membunuh kuman serta ia mengandungi kalsium dan garam magnesium yang tinggi berbanding air biasa, dari segi saintifik air zam-zam bersifat alkali, jadi air zam-zam boleh menetralkan asid hidroklorik yang terhasil di dalam perut dan mengurangkan pedih ulu hati. Jadi inilah sebab Rasulullah SAW minum air zam-zam berdiri supaya air tersebut cepat dapat menetralkan asid yang terhasil dalam perut.

Selain itu, air zam-zam juga mengandungi iodin, sulfat dan nitrat. Kandungan makronutrien yang tinggi khususnya magnesium, sodium dan potassium menyebabkan air zam-zam bersifat nutritif berbanding sumber lain, inilah yang membuatkan air zam-zam dapat menyegarkan para jemaah haji yang meminumnya dan memberi ketahanan anbodi kepada orang yang meminumnya. Di sini saya tunjukkan perbandingan unsur-unsur yang terdapat di dalam air zam-zam dengan air mineral:





PERBANDINGAN UNSUR KIMIA:

ZAM ZAM ( Mg/l ) ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, MINERAL
* Klorida (cl) 159,75 ,………………………………………  Mineral : 30
* Sulfat (SO24) 140 ,………………………………………  Mineral : 27
* Nitrat (NO3) - ,……………………………………………   Mineral : 15
* Nitrit (NO2) 0,045 ,……………………………………..  Mineral : -
* Bikarbonat (HCO3) 398,22,…………………………    Mineral : 32
* Flour (F) - ,…………………………………………. ……   Mineral : 0,7
* Besi (Fe) tak terdeteksi ,………………………………   Mineral : 0
* Mangan (Mn) 0,014 ……………………………………    Mineral : -
* Natrium (Na) 318,0 ,……………………………………   Mineral : 20
* Kalium (Ca) 182,2 ………………………………………    Mineral : 3
* Zat Padat Terlarut (TDS) 858 , ……………………     Mineral : 170
* Magnesium (Mg) 6,86 …………………………………    Mineral : 5
* Zat Organik 2,79 -………………………………………    Mineral : -
* Jumlah Mikro Organisme (TPK) 38 kolom/ml -….    Mineral : -
* PH 7,3 ………………………………………….. ………      Mineral : 7,2

Melalui daftar kandungan diatas kita dapat lihat perbedaan yang sangat ketara di antara unsur-unsur yang terdapat dalam air zam-zam dengan unsur yang terdapat dalam air mineral, air zam-zam mempunyai kualitas yang sangat tinggi dan tidak dapat di tandingi oleh jenis air manapun.

Selain itu diantara kelebihan air zam-zam ialah apabila peminumnya berniat menjadikannya sebagai penawar niscaya Allah akan menyembuhkannya atau dengan niat untuk mendapatkan pertolongan niscaya allah akan menolong. Oleh sebab inilah Rasulullah SAW telah mengajarkan beberapa kaedah dan doa apabila hendak minum air zam-zam ini supaya mendapat keberkatan dari Allah.





Air zam-zam juga mempunyai kelebihan di mana mata airnya tidak pernah kering, walaupun berjuta-juta umat manusia meminumnya setiap hari terutamanya pada musim haji, bahkan pada masa kini dengan peralatan canggih orang yang berada di masjid Nabawi yang jaraknya 450km dari mekah dapat meminum air zam-zam setiap saat dan ianya tidak pernah berkurang apatah lagi kering. Ini menunjukkan keistimewaan yang terdapat pada air zam-zam.

Sumber : http://adie-rojak.blogspot.com/2009/12/minum-berdiri-kelebihan-air-zam-zam.html


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bila Anda berminat ingin mengetahui secara detaill tentang Travel Biro kami, silahkan menghubungi kami untuk konsultasi / pendaftaran :

Hormat kami : Hery Kurniawan

Kantor Perwakilan :
JL. Zamrud Raya No.4
Sumur Batu, Kemayoran
Jakarta Pusat - 10640
Telp : 081210500690
Pin BB : 21F51F40

Kantor Pusat
PT ARMINAREKA PERDANA
Gedung Menara Salemba Lt. 5
Jl. Salemba Raya No. 5
Jakarta Pusat

0 komentar:

Posting Komentar